Coklat adalah sebuah makanan yang terhasil daripada biji koko. Koko pada asalnya telah tumbuh di daerah Amazon utara dipercayai berdekatan dengan Mexico. Penduduk “Meso-Amerika” telah menemui pokok “kakawa” dimana buahnya dijadikan sebagai minuman.
Suku “Meso-Amerika” adalah terdiri daripada orang Maya, Toltec dan Aztec. Mereka menjadikan biji koko sebagai matawang.Sistem buterlah maksudnya. Kononya pada masa itu, pengunaan coklat dianggap sebagai satu simbol status penting pada ketika itu. Bagi suku Aztec pula, mereka menganggap koko menrupakan “makanan para dewa”
Ianya digunakan dalam upacara keagamaan, matawang dan hadiah. Coklat juga dianggap sebagai satu simbol kemakmuran..
Dari Coklat Cair ke Coklat Padat
Dari Coklat Cair ke Coklat Padat
Minuman Coklat pada kurun ke-17, digemari di Istana Sepanyol. Ianya tersebar dikalangan bangsawan Eropah pada ketika itu. Oleh kerana perkembangan luas kegemaran orang Eropah terhadap coklat, mereka mula memikirkan cara menukar coklat kepada yang pejal. Dengan menambah ambergris, zat berwarna keunguan berlilin dari usus ikan paus, sehinggalah bahan lebih umum seperti cengkih dan kayu manis. Ianya adalah untuk disesuaikan kepada selera mereka sendiri.
Teknik dan cara ini menjadi lebih rumit apabila ianya sampai kekilang pemprosesan dengan penambahan kalium atau natrium karbonat supaya lebih senang berrcampur dengan air. Coklatjuga dicampur dengan susu untuk menghasilkan coklat susu.
Rasa coklat disumbangkan oleh 1,200 jenis zat tanpa satu pun yang dominan didalamnya. Disebabkan itu, sehingga kini tiada coklat tiruan kerana ianya sukar untuk ditiru.
[sumber : wikipidea]
No comments:
Post a Comment